Saturday 2 February 2013

KEBOSANAN MELANDA..

            


                   Huh!!!!!teringat zaman kecik-kecik dulu,time cuti sekolah je aktiviti dan jadual kami anak-anak kampung memang penuh...Tak sempat tunggu petang,tengah hari panas-panas pun kami jalankan tugas tu (macam-macam tugas kami ada)...
Tapi kalau aku tak payah tunggu time cuti sekolah...Masa kat sekolah aku dan kawan-kawan tak sabar-sabar nak balik rumah,sampai je rumah(tak sempat bukak kasut,terus campak beg,bukak tudung,tak sempat tukar baju sekolah) terus melompat cari kawan kat sebelah rumah dan cari kawan-kawan kampung pulak,bila semua sudah berkumpul kami berbincang untuk membahagikan tugas,bila semua dah bersetuju,kami pun bermula dan berjanji akan siapkan tugas yang di tunda dari pagi...
Ada yang di atas pokok,ada yang kat celah pasu,ada yang meniarap dalam semak dan ada juga yang kat dalam jamban orang...
Memang seronok sebab kami berkerjasama dengan baik serta bersemangat,tiada yang nak gaduh-gaduh...
             Teringgat mase kat dalam jamban orang(Pak Ajis namanya),kalau tuan rumah takda kat rumah tak apa,ni tuan rumah tengah syok tengok tv (roda-roda impian),tiba-tiba ada orang ceroboh jamban dia,menjerit la Pak Ajis tu,''WOI,ROBOH LA JAMBAN AKU KORANG KERJA KAN''apa lagi yang kami mampu buat cabuuuutttt laaaa...
Tak lengahkan masa yang ada,terus cari port lain,bawah kereta ke,belakang pokok pisang ke,dimana yang selesa,situ yang kami tuju...
Leka kami bertugas sehinggalah ada suara nyaring memanggil kami balik ''WOI,DAH TAK RETI NAK BALIK,DAH NAK MANGRIB NI''...
Apa jadi korang rasa???hahahahaha....
Kami buat tak tahu je,tapi kalau bunyinya macam ni ''DAH,KALAU TAK BALIK TAK APA,MALAM NI TIDUR JE LUAR,MAKAN MALAM PUN TAK ADA '' hah,itu aku wajib balik...
                Bila sorang kena balik jadi semua pon nak balik...
Jadi kami berkumpul ditempat yang sama(port biasa),kami mengucapkan see you all kat rumah nenek(tempat ngaji malam),hahahaha(tugas lain menunggu)...
     Hah,itu lah aku dan kami anak-anak kampung masa dulu....
Bila masa sekolah kami mamfaat kan masa petang dan malam(tempat mengaji),dengan sebaik mungkin,itu belum lagi masa cuti sekolah hah(panjang ceritanya),lain kali aku ceritakan...
                 
               Bila dah besar ni aku rasa bosannya hidup aku,kalau aku di
di lahirkan zaman sekarang...
Masing-masing lepak dalam bilik,lepak depan tv,tak nampak kanak-kanak lari-lari,yang seorang dua itu pun kat taman,yang nampak lebih ramai di dalam CC(Ciber cafe)...
Masa kawan-kawan ku pulak nak jumpa,kami tetap berjumpa bila dah berkumpul tapi masing-masing dengan hal sendiri (di meja yang sama) ada yang tersenyum,ada yang mencarut,yang melompat-lompat pun ada (kalah kera)....
Itulah salah satu punca masaalah sosial semakin banyak melanda(kalau diritu terlalu memuja gajet)...
ada aku terfikir mengapa pantasnya masa berlalu,zaman sekarang tak kira kecil atau besar kalau tak mengadap PC,pegang laptop,pegang ipad,tak pun iphone dan macam-macam lagi(banyak sangat)..
kalau zaman dulu yang tua-tua buat kerja masing,kalau berkumpul tu faham-faham la apa yang mereka buat,ada je cerita mereka(silaturrahim ada di situ)...
              Yang masih di iktiraf kanak-kanak,ada yang pegang batu(batu seremban),ada yang pegang getah(lompat getah),hah yang yang aku selalu main banyak salah satunya adalah main nyorok-nyorok(yang aku cerita kat atas tadi)....best tak bunyinya????
                  zaman sekarang,huh!!!!!!''




                           INI BARU ZAMAN KU'' belum lagi zaman ''KETURUNAN KU''..



              
  BERUSAHALAH MENJADI YANG TERBAIK (1CITIZEN)

Tuesday 29 January 2013

TINGKAHLAKU DAN HAK-HAK PENGGUNA

 **Katanya,Saya Tahu...
-Saya tahu cara mengamalkan tingkahlaku Yang positif apabila munggunakan teknologi...

Tetapi Masih Melakukan...
-Menyalahgunakan kemudahan dengan menggodam Rangkaian,menyebarkan maklumat dan berita palsu atau mengutuk orang lain melalui blog,laman web atau portal komuniti...

Mengertilah...
-Dapat mengakses internet satu keistemewaan,semua orang mempunyai Hak...


**Katanya,Saya Tahu...
-Saya tahu cara untuk melindungi maklumat Peribadi daripada orang lain di internet...

Tetapi Maseh Melakukan...
-Meletakkan gambar  yang melanggar undang-undag mewujutkan laman web rangkaian social palsu dan tabiat suka menandakan (tangging) gambar Kawan atau diri sendiri di laman web rangkaian...

Mengertilah...
-Sebagai seorang yang celik ICT,Anda perlu tahu seharusnya mampu menggunakannya 
dengan berhemah...


**Katanya,Saya Tahu...
-Saya tahu dan boleh mengenal pasti pelbagai bentuk jenayah siber,Saya sedar pentingnyah hak dan sekatan undang-undang untuk membantu mengawal penggunaan teknologi..

Tetapi Masih Melakukan
-Melakukan penipuan atau mencuri maklumat berharga serta membuat gangguan di internet,menceroboh Computer orang lain dan memutarbelitkan berita atau kesalahan melaporkan…

Mengertilah…
Anda perlu tahu beberapa undang-undang siber dan lebih berhati-hati untuk tidak melibatkan diri dengan jenayah siber...


**Katanya,SayaTahu…
-Saya tahu bagaimana penggunaan ergonomic membantus aya meningkatkan prestasi dan produktiviti saya…

Tetapi Masih Berlaku…
-Mengalami kecederaan tekanan berulang (RSI),Sakit belakang ,keletihan mata dan gangguan otot (MSD),serta beberapa masaalah social berlaku seperti mengabaikan keluarga dan kawan,mengalami gangguan tidur ,ketagihan pornografi,membeli-belah dan berjudi dalam talian secara kompulasif….

Mengertilah….
-Jagalah diri semasa bekerja atau bermain dalam dunia digital...


**Katanya,Saya Tahu...
-Saya tahu dan boleh menerangkan maksut AUP serta tahu apaitu Hak Cipta dan akibat jika melanggarnya…

Tetapi Masih Melakukan...
-Perbuatan menipu,mencuri hasil kerja orang lain,menyalin banyak perkataan (copy-paste) atau idea daripada sumber sehingga menjadikannya sebahagian besar dalam kerja…

Mengertilah...
-Bertanggungjawablah atas setiap apa yang anda lakukan...
                                    
                              INILAH JAWAPAN KITa!!!!!

    BERUSAHALAH MENJADI YANG TERBAIK (1 CITIZEN)